Merungkai Kebenaran

Sedar tak sedar, kita sering menipu diri sendiri dan orang lain.

Apa yang kita tipu?

Kita selalu mengatakan sebegini

"Boringlah duduk kat rumah. Tak tau nak buat apa. Takde kerja".

Haa..

Biasakan dah dengar.

ok..

Kenapa saya mengatakan kita sering menipu diri kita sendiri?

1 kata kunci iaitu (malas) dan dua sebab penting:

a). Malas untuk berfikir apa yang hendak dan boleh dibuat di rumah.
b). Malas untuk membuat kerja yang diketahui dan boleh dibuat di rumah.

Ho3..
Jadi, untuk memudahkan korang dan diri sendiri,
saya dah list down kerja apa yang boleh anda buat di rumah.

Maka, secara tak langsung selesailah masalah pertama tadi.
"masalah malas berfikir"

Tinggal satu masalah iaitu anda sendiri.

Anda yang bakal menentukan siapa diri anda.

"Samada anda Seorang yang berjaya dan berguna ataupun seorang yang langsung tak berguna apatah lagi berjaya"
So, gambatte ne (berusahalah ye)!
Kerana:
"usaha Tangga kejayaan" bukan tangga rumah..(^_^)
P/s: Kalau tak dapat nak buat semua sekali, buat lah sedikit demi sedikit lama2 jadi bukit.
Adakalanya manusia memerlukan masa untuk melakukan sesuatu..Lebih2 lagi mengubah diri menjadi lebih baik.
List kerja DI rumah:
  • Mandi, berus gigi cuci muka.
  • Cuci pinggan mangkuk dan pakaian.
  • Buang sampah.
  • Jemur dan angkat pakaian di ampaian.
  • Tengok TV.
  • Main Ps,PC, Hp atau apa2 game yang ada kat rumah.
  • Sapu bilik. Kalau boleh satu rumah.:)
  • Mengemop lantai.
  • Mengelap tingkap.
  • Membersihkan peti ais.
  • Kalau ada pc dan internet (Surfing dan blogging)..
  • Memasak
  • Tidur.
  • Sembahyang.
  • Berdoa.
  • Baca buku, majalah atau ape2 yang best dah berfaedah untuk dibaca.
  • Sms, call kawan dan sebagainya.
  • Exercise dalam rumah.. Push up ke.Lari keliling satu rumah ke.:)
  • Cuci tandas, kasut dan stokin yang hapak baunye tu.he3
  • Menjahit.
  • Bermain dengan adik2,kakak abang..
  • Mengajar adik2 belajar ke.
  • Menyanyi.
  • Menari..Breakdance. Kalau boleh shuffle ke..(^_^)
  • Sediakan pakaian, kelengkapan untuk pergi kerja, sekolah atau mana2.
  • Memasak air dan simpan dalm peti ais untuk diminum kemudian.

Selebihnya, anda tambahlah sendiri..

Lain rumah lain aksesori..

Jadi, buka mata, dan lihat sekeliling. Pasti ada saja yang boleh anda lakukan di rumah. Kreatiflah sedikit ye. Sikit je..:)

Tu je lah dulu..

2 Response:

huhuhuhuh said...
This comment has been removed by the author.
AkuAyie said...

Banyak sebenarnya kite leh buat, tapi kite selalu kata "borink"..

haha sgt betuii..