Showing posts with label Uji Diri. Show all posts
Showing posts with label Uji Diri. Show all posts

Anda Seorang Penjimat Atau Pemboros?

1). Saya selalu memeriksa baki wang di bank biarpun belum cukup bulan.
a. Benar
b. Tidak benar

2). Saya bertanya diri sendiri samada saya benar2 memerlukan barangan yang menarik minat saya, atau hanya sekarang rambang mata sahaja.
a. Benar
b. Tidak benar

3). Saya selalu risau tentang keadaan kewangan saya pada masa hadapan. Tetapi saya optimis saya mampu mengendalikannya.
a. Benar
b. Tidak benar

4). Pada saya, biarlah hanya ada tiga pasang baju yang sesuai daripada beberapa pasang yang mahal tetapi jarang digunakan.
a. Benar
b. Tidak benar

5). Saya membeli kerana kasihan kepada penjual bukan kerana saya benar2 memerlukan barangan tersebut.
a. Benar
b. Tidak benar

6). Saya tahu ke mana perginya setiap sen duit yang sudah digunakan.
a. Benar
b. Tidak benar

7). Saya sentiasa memeriksa penyata2 simpanan, bil dan apa sahaja resit yang saya perolehi.
a. Benar
b. Tidak benar

8). Bagi saya, kaya bermaksud mempunyai hubungan baik dengan keluarga, keselamatan terjamin, pekerjaan yang saya sukai dan kewangan yang stabil biarpun tidak banyak.
a. Benar
b. Tidak benar

9). Kalau saya terlihat barang2 yang menarik, saya hanya akan membelinya jika saya tahu akan menggunakannya sekerap yang boleh.
a. Benar
b. Tidak benar

10). Saya biasa mengetepikan sebahagian wang setiap bulan untuk melihat pertambahannya.
a. Benar
b. Tidak benar

11). Apabila ada orang datang meminta derma, saya akan berikan mengikut jumlah yang tersedia dalam belanjawan saya.
a. Benar
b. Tidak benar

Jawapan & Analisa
~ Menjawab kebanyakan soalan sebagai:

Benar
~ Anda seorang penyimpan yang bijak. Begitu teliti menguruskan wang dan berdisiplin, anda juga pakar dalam menimbang guna setiap sen. Anda juga bukan jenis orang yang suka mengharap pasangan kaya atau yang suka memberi anda wang kerana anda beranggapan kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan. Anda membelanjakan wang dengan penuh disiplin dan membeli hanya apabila benar2 penting. Anda juga tidak takut untuk melabur sebahagian pendapatan yang diperolehi.

Tidak Benar
~ Anda memang boros. Anda boros mungkin kerana anda memikirkan telah bekerja keras untuk mendapatkan wang tersebut dan mahu menggunakannya untuk kesenangan hidup anda. Tetapi hanya untuk sementara. Bukankah lebih baik jika anda mengambil beberapa minit sebelum melangkah masuk ke pusat membeli belah untuk berfikir samada anda perlu berkunjung ke sana atau sebaliknya. Tak kiralah berapa banyak gaji anda, menyimpan dalam jumlah sedikit setiap bulan pun boleh meningkatkan simpanan.

Sejauh Mana KejujuranNya?

Sukar meramalkan sama ada si dia benar2 jujur terhadap anda. Anda sering keliru dengan tindak-tanduknya. Dalam masa yang sama sukar pula untuk memastikan yang dia benar2 sayangkan anda. Kuiz di bawah membantu anda mengetahui setakat mana kejujurannya.

1). Apabila anda bertanya, adakah dia:
a. Memberi jawapan yang pantas (5m)
b. Teragak2 (3m)
c. Berfikir agak lama kemudian baru bersuara (4m)
d. Tidak berminat memberi jawapan (1m)
e. Anda desak, baru dia menjawab (3m)

2). Setiap kali pulang lewat, apakah dia:
a. Segera meminta maaf (5m)
b. Mengelak dari menjawab pertanyaan anda (2m)
c. Membuka cerita yang lain (1m)
d. Merungut dengan alasan2 lain (4m)
e. Terus tidur (3m)

3). Setiap kali bergaduh, adakah dia:
a. Mengungkit kesilapan anda (3m)
b. Mengatakan anda yang bersalah seratus peratus (4m)
c. Dia mahu perbincangan serius (5m)
d. Memukul (1m)
e. Tidak memberi kesempatan anda bersuara (2m)

4). Apabila anda termenung dan bersedih, adakah dia:
a. Segera bertanya (5m)
b. Melakukan sesuatu yang anda sukai (4m)
c. Membiarkan anda seketika, kemudian bertanya (3m)
d. Tidak peduli (2m)
e. Terus marah2 pula (1m)

5). Anak anda mungkin menimbulkan suasana bising, adakah dia:
a. Memarahi dia (1m)
b. Memarahi anak anda (3m)
c. Menasihati anak anda (5m)
d. Mengunci diri di bilik (4m)
e. Keluar rumah (2m)

6). Setiap kali keluar membeli-belah bersama, adakah dia :
a. Bersama2 memilih barang (5m)
b. Memberi pendapat mengenai barangan yang akan dibeli (4m)
c. Tidak mahu langsung keluar kereta (1m)
d. Ikut tetapi membiarkan anda seorang yang membeli (2m)
e. Duduk di satu sudut, hanya memerhatikan (3m)

7). Anda sedang bergaduh dengan jiran sebelah rumah, adakah dia:
a. Berusaha meleraikan (5m)
b. Menggalakkan anda bergaduh (2m)
c. Buat tak kisah (3m)
d. Memarahi anda (1m)
e. Meninggalkan anda (4m)

Markah:
~ Jumlahkan markah yang terdapat di hujung setiap jawapan yang anda pilih, Lihat apakah dia:

25-35 Markah
~ Dia memang seorang yang jujur. Di dalam hatinya tidak ada orang lain kecuali anda. Anda boleh mempercayainya.

21-25 Markah
~ Ada ketikanya dia boleh dipercayai. Ada waktu2nya dia bersikap tidak jujur. Tetapi dia masih seorang pasangan yang sangat mengambil berat tentang diri anda.

15-20 Markah
~ Anda harus berhati2 dengannya. Dia hanya pandai bercakap sayang tetapi di hatinya lain pula. Tetapi jika anda pandai mengambil hatinya, dia akan terus setia kepada anda.

10-14 Markah
~ Kasihan anda! Dia memang suka membuli dan membohongi. Setiap saat dia memikirkan orang lain. Baginya orang lain lebih penting dari anda.

0-9 Markah
~ Sepatutnya anda berfikir sedalam2nya sebelum mengambil keputusan berkahwin atau bercinta dengannya. Dia bukan seorang yang jujur, sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri saja.

Sejauh Mana Anda Mampu Menerima Perubahan?

Dalam kehidupan bersuami isteri, terlalu banyak perkara yang ingin anda pertahankan. Namun, perubahan waktu memaksa anda untuk menerima beberapa perubahan. Samada ia melibatkan pasangan, ataupun cara hidup masing2. Sejauh manakah anda bersedia menerima perubahan ini?

1). Sebelum pergi ke satu tempat yang baru, anda sering?
a. Bimbang untuk dua tiga hari yang pertama (2m)
b. Tak terfikir atau terbayang langsung (3m)
c. Malas memikirkannya (1m)

2). Apabila memikirkan perubahan akan datang:
a. Saya boleh laluinya (1m)
b. Bimbang tetapi rasa2nya boleh melaluinya (2m)
c. Tertekan (3m)

3). Bagaimanakah sikap anda jika terpaksa melakukan sesuatu yang tidak disukai?
a. Marah dan kecewa (2m)
b. Cuba lakukan sedaya upaya (1m)
c. Buat juga tetapi merungut2 (3m)

4). Apabila hubungan saya dengan pasangan bermasalah
a. Tenang dan cuba cari penyelesaian (3m)
b. Buat tak peduli (2m)
c. Pujuk hati sendiri (1m)

5). Apabila terpaksa menggunakan teknologi terkini
a. Suka sebab jimatkan masa (1m)
b. Tak terfikir langsung untuk memilikinya (3m)
c. Berhati2 melihat kepentingannya (2m)

6). Sebelum menghadiri majlis/kerja sosial:
a. Saya akan komited (3m)
b. Bersemangat (1m)
c. Pentingkan keterampilan (2m)

Markah:

15-18 Markah ~ Anda sudah berpuas hati dengan apa yang ada sekarang tetapi anda boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan sesuatu yang baru.

10-14 Markah ~ Anda perlu mengubah sedikit sikap. Sahutlah cabaran masa depan dengan tenang. Tetapi apabila anda melakukannya anda begitu bersungguh2.

6-9 Markah ~ Anda memang sukakan perubahan dan adventure. Rakan2 anda akan mengkagumi sikap anda.