Anda Seorang Penjimat Atau Pemboros?

1). Saya selalu memeriksa baki wang di bank biarpun belum cukup bulan.
a. Benar
b. Tidak benar

2). Saya bertanya diri sendiri samada saya benar2 memerlukan barangan yang menarik minat saya, atau hanya sekarang rambang mata sahaja.
a. Benar
b. Tidak benar

3). Saya selalu risau tentang keadaan kewangan saya pada masa hadapan. Tetapi saya optimis saya mampu mengendalikannya.
a. Benar
b. Tidak benar

4). Pada saya, biarlah hanya ada tiga pasang baju yang sesuai daripada beberapa pasang yang mahal tetapi jarang digunakan.
a. Benar
b. Tidak benar

5). Saya membeli kerana kasihan kepada penjual bukan kerana saya benar2 memerlukan barangan tersebut.
a. Benar
b. Tidak benar

6). Saya tahu ke mana perginya setiap sen duit yang sudah digunakan.
a. Benar
b. Tidak benar

7). Saya sentiasa memeriksa penyata2 simpanan, bil dan apa sahaja resit yang saya perolehi.
a. Benar
b. Tidak benar

8). Bagi saya, kaya bermaksud mempunyai hubungan baik dengan keluarga, keselamatan terjamin, pekerjaan yang saya sukai dan kewangan yang stabil biarpun tidak banyak.
a. Benar
b. Tidak benar

9). Kalau saya terlihat barang2 yang menarik, saya hanya akan membelinya jika saya tahu akan menggunakannya sekerap yang boleh.
a. Benar
b. Tidak benar

10). Saya biasa mengetepikan sebahagian wang setiap bulan untuk melihat pertambahannya.
a. Benar
b. Tidak benar

11). Apabila ada orang datang meminta derma, saya akan berikan mengikut jumlah yang tersedia dalam belanjawan saya.
a. Benar
b. Tidak benar

Jawapan & Analisa
~ Menjawab kebanyakan soalan sebagai:

Benar
~ Anda seorang penyimpan yang bijak. Begitu teliti menguruskan wang dan berdisiplin, anda juga pakar dalam menimbang guna setiap sen. Anda juga bukan jenis orang yang suka mengharap pasangan kaya atau yang suka memberi anda wang kerana anda beranggapan kekayaan tidak boleh membeli kebahagiaan. Anda membelanjakan wang dengan penuh disiplin dan membeli hanya apabila benar2 penting. Anda juga tidak takut untuk melabur sebahagian pendapatan yang diperolehi.

Tidak Benar
~ Anda memang boros. Anda boros mungkin kerana anda memikirkan telah bekerja keras untuk mendapatkan wang tersebut dan mahu menggunakannya untuk kesenangan hidup anda. Tetapi hanya untuk sementara. Bukankah lebih baik jika anda mengambil beberapa minit sebelum melangkah masuk ke pusat membeli belah untuk berfikir samada anda perlu berkunjung ke sana atau sebaliknya. Tak kiralah berapa banyak gaji anda, menyimpan dalam jumlah sedikit setiap bulan pun boleh meningkatkan simpanan.

1 Response:

Anonymous said...

Same afternoon payment funds really are a variety of
online payday loans offered for your 30 days time period around urgent conditions.
They don’t need to have any proof situations’ disaster, neither of the two they might need surety, credit ranking or other things.

You'll package a holiday, various fundamental expenses or maybe even insure your small business bills – Same exact daytime installation loans will help you in a instances. These days all of these financial loans can be obtained on the net.

Stop by my homepage; pożyczki bez bik