Sejauh Mana KejujuranNya?

Sukar meramalkan sama ada si dia benar2 jujur terhadap anda. Anda sering keliru dengan tindak-tanduknya. Dalam masa yang sama sukar pula untuk memastikan yang dia benar2 sayangkan anda. Kuiz di bawah membantu anda mengetahui setakat mana kejujurannya.

1). Apabila anda bertanya, adakah dia:
a. Memberi jawapan yang pantas (5m)
b. Teragak2 (3m)
c. Berfikir agak lama kemudian baru bersuara (4m)
d. Tidak berminat memberi jawapan (1m)
e. Anda desak, baru dia menjawab (3m)

2). Setiap kali pulang lewat, apakah dia:
a. Segera meminta maaf (5m)
b. Mengelak dari menjawab pertanyaan anda (2m)
c. Membuka cerita yang lain (1m)
d. Merungut dengan alasan2 lain (4m)
e. Terus tidur (3m)

3). Setiap kali bergaduh, adakah dia:
a. Mengungkit kesilapan anda (3m)
b. Mengatakan anda yang bersalah seratus peratus (4m)
c. Dia mahu perbincangan serius (5m)
d. Memukul (1m)
e. Tidak memberi kesempatan anda bersuara (2m)

4). Apabila anda termenung dan bersedih, adakah dia:
a. Segera bertanya (5m)
b. Melakukan sesuatu yang anda sukai (4m)
c. Membiarkan anda seketika, kemudian bertanya (3m)
d. Tidak peduli (2m)
e. Terus marah2 pula (1m)

5). Anak anda mungkin menimbulkan suasana bising, adakah dia:
a. Memarahi dia (1m)
b. Memarahi anak anda (3m)
c. Menasihati anak anda (5m)
d. Mengunci diri di bilik (4m)
e. Keluar rumah (2m)

6). Setiap kali keluar membeli-belah bersama, adakah dia :
a. Bersama2 memilih barang (5m)
b. Memberi pendapat mengenai barangan yang akan dibeli (4m)
c. Tidak mahu langsung keluar kereta (1m)
d. Ikut tetapi membiarkan anda seorang yang membeli (2m)
e. Duduk di satu sudut, hanya memerhatikan (3m)

7). Anda sedang bergaduh dengan jiran sebelah rumah, adakah dia:
a. Berusaha meleraikan (5m)
b. Menggalakkan anda bergaduh (2m)
c. Buat tak kisah (3m)
d. Memarahi anda (1m)
e. Meninggalkan anda (4m)

Markah:
~ Jumlahkan markah yang terdapat di hujung setiap jawapan yang anda pilih, Lihat apakah dia:

25-35 Markah
~ Dia memang seorang yang jujur. Di dalam hatinya tidak ada orang lain kecuali anda. Anda boleh mempercayainya.

21-25 Markah
~ Ada ketikanya dia boleh dipercayai. Ada waktu2nya dia bersikap tidak jujur. Tetapi dia masih seorang pasangan yang sangat mengambil berat tentang diri anda.

15-20 Markah
~ Anda harus berhati2 dengannya. Dia hanya pandai bercakap sayang tetapi di hatinya lain pula. Tetapi jika anda pandai mengambil hatinya, dia akan terus setia kepada anda.

10-14 Markah
~ Kasihan anda! Dia memang suka membuli dan membohongi. Setiap saat dia memikirkan orang lain. Baginya orang lain lebih penting dari anda.

0-9 Markah
~ Sepatutnya anda berfikir sedalam2nya sebelum mengambil keputusan berkahwin atau bercinta dengannya. Dia bukan seorang yang jujur, sebaliknya hanya mementingkan diri sendiri saja.

0 Response: