Buat Sesiapa Yang Dah Married

Tinjau semula Kedudukan perkahwinan anda dan perhatikan sama ada anda perlu menyemarakkan api asmara semula.
" Ada kalanya satu2 hubungan boleh menjadi begitu tertekan tanpa disedari oleh salah satu pasangan sehinggamasa sudah berlalu lewat."
"Untuk mengetahui kedudukan sebenar berkenaan perkahwinan anda, cuba jawab soalan di bawah. Kemudian jumlahkan semua markah yang diperolehi dan lihat anda di tahap mana."

1). Adakah anda boleh bercakap secara terbuka antara satu sama lain tentang emosi dan perasaan dalaman anda?
a. Tidak (1m)
b. Ya, selalu (4m)
c. Kadang-kala (2m)

2). Adakah pasangan anda bercakap mengenai anda di depan kawan2nya dan saudara-maranya yang anda tidak suka?
a. Ya, pada kebanyakan masa (1m)
b. Sekali-sekala (2m)
c. Tidak pernah (4m)

3). Adakah pasangan anda juga kawan baik anda?
a. Tidak (1m)
b. Ya (3m)

4). Adakah anda mempunyai minat dan hobi masing2?
a. Tidak (1m)
b. Ya (3m)

5). Adakah perkahwinan ibu bapa anda bahagia?
a. Ya, amat bahagia (4m)
b. Ya, agak bahagia (3m)
c. Tidak (1m)

6). Apabila anda dan pasangan anda berbalah pendapat atau berselisihan faham, adakah salah seorang daripada anda merajuk atau enggan bercakap untuk beberapa ketika selepas itu?
a. Ya (1m)
b. Tidak (3m)

7). Adakah si isteri menjaga rumah dan melaksanakan urusan rumahtangga?
a. Ya (3m)
b. Tidak (1m)

8). Adakah anda dan pasangan berbincang tentang masalah yang dihadapi?
a. Ya, selalu (4m)
b. Kebiasaannya (2m)
c. Tidak (1m)

9). Adakah anda selalu membuat pasangan anda tertawa?
a. Ya (3m)
b. Tidak (1m)

10). Adakah ahli keluarga atau kawan2 anda banyak memberi tekanan kepada anda untuk berkahwin?
a. Tidak (3m)
b. Ya (1m)

11). Apakah wanita yang mempunyai hubungan dengan anda menunjukkan emosi yang lebih berbanding lelaki?
a. Ya (3m)
b. Tidak (1m)

12). Adakah perkahwinan lebih sukar dan lebih memenatkan anda daripada apa yang anda fikirkan sebelum ini?
a. Tidak (3m)
b. Ya (1m)

13). Masihkah anda ingat kali pertama anda bertemu dengan pasangan anda?
a. Ya, begitu jelas (4m)
b. Agak kabur (2m)
c. Tidak (1m)

14). Adakah anda berpendapat lelaki yang berkahwin mesti menjadi penyara utama di dalam rumah tangga?
a. Ya (3m)
b. Tidak (1m)

15). Apakah tekanan di tempat kerja atau masalah kewangan membuat anda dan pasangan meminum minuman keras atau sukar tidur?
a. Tidak (3m)
b. Ya (1m)

Jawapan:

Markah 38-50
~ Tahniah! Perkahwinan yang unggul. Anda boleh mengecapi kebahagiaan untuk jangka panjang dan yakin yang anda mampu bersama pasangan ketika senang dan susah. Anda sedar kesulitan yang merosakkan sebilangan perkahwinan dan mempunyai sikap yang betul untuk mengelakkannya.

Markah 25-37
~ Perkahwinan anda berada dalam kedudukan sederhana dengan purata bahagia bersama. Anda akan mengharungi hidup seperti kebanyakan pasangan bahagia yang lain. Sedikit rasa timbang rasa terhadap pasangan mungkin akan membawa banyak kelebihannya dan anda mesti berhati2 terhadap bahaya sikap berpuas hati yang menyelinap dalam kehidupan anda.

Markah 15-24
~ Anda mempunyai masalah yang serius dalam perhubungan. Ia sudah cukup untuk merosakkan perhubungan yang menjerumuskan anda ke dalam penceraian. Anda perlu lebih banyak bertolak ansur untuk menggantikan sikap mementingkan diri sendiri. Anda dan pasangan perlu berbincang tentang masalah yang dialami sekarang dan jika ini tidak dapat anda lakukan, anda dinasihati berunding dengan kaunselor perkahwinan.

0 Response: