Adakah Anak Anak Anda Selamat?

Sekiranya anda mempunyai anak yang berusia kurang 3 tahun dan berada di bawah pusat jagaan kanak2 atau pengasuh, saudara atau jiran, ini adalah soalan2 yang perlu anda tanya.

1). Berapakah umur anak anda ketika dia mula diletakkan di bawah jagaan orang lain?
a. Sejak lahir sehingga 6 bulan (0m)
b. Enam bulan hingga 1 tahun (3m)
c. Satu hingga 2 tahun (2m)
d. Dua hingga 3 tahun (1m)

2). Apakah nisbah pengaruh berbanding dengan kanak2 di tempat tersebut?
a. Seorang kanak2 untuk seorang pengaruh (0m)
b. 2 orang kanak2 untuk seorang pengasuh (1m)
c. 3 orang kanak2 untuk seorang pengasuh (2m)
d. 4 atau lebih daripada 4 orang kanak2 untuk seorang pengasuh (3m)

3). Bagaimanakah oenjagaan untuk anak anda dirancang?
a. Setiap orang kanak2 mempunyai pengasuhnya sendiri (0m)
b. Pengasuh kanak2 tidak dikhususkan (3m)

4). Berapa kali anak anda melawat tempat di mana dia dijaga sebelum dia ditinggalkan bersama pengasuh buat kali pertama?
a. Tidak pernah (3m)
b. Sekali (2m)
c. Dua kali (1m)
d. Tiga atau lebih (0m)

5). Berapa kali anak anda bertemu dengan pengasuhnya atau pengasuh2nya sebelum dia ditinggalkan bersendirian bersama pengasuhnya buat kali pertama?
a. Tidak pernah (3m)
b. Sekali (2m)
c. Dua kali (1m)
d. Lebih daripada tiga kali (0m)

6). Apakah purata jangka masa dalam seminggu anak anda dihantar kepada pengasuh?
a. 1-6 jam seminggu (0m)
b.6-12 jam seminggu (1m)
c. 12-30 jam seminggu (2m)
d. Lebih daripada 30 jam seminggu (3m)

7). Berapa kali pengasuh utama telah bertukar semenjak anda meletakkan anak anda di bawah jagaan pengasuh (sehingga usia tiga tahun) ?
a. Tidak pernah (0m)
b. Sekali (1m)
c. Dua kali (2m)
d. Tiga kali atau lebih (3m)

8). Bagaimanakah tindak balas pengasuh sekarang dalam memenuhi keperluan anak anda?
a. Responsif seperti anda (0m)
b. Sangat responsif (1m)
c. Responsif (2m)
d. Tidak responsif (3m)

9). Bagaimanakah tindakbalas pengasuh terdahulu berbanding pengasuh sekarang dalam memenuhi keperluan anak anda?
a. Responsif seperti anda (0m)
b. Sangat responsif (1m)
c. Responsif (2m)
d. Tidak responsif (3m)

10). Berapa kali anak anda jatuh sakit semenjak diletakkan di bawah jagaan pengasuh?
a. Tidak pernah (0m)
b. 1-3 kali (1m)
c. 3-6 kali (2m)
d. Tujuh atau lebih (3m)

Tengok Hasilnya:

Markah 0-10 ~ Anak anda berada di bawah pengawasan yang baik dan berasa yakin dengan pengasuhnya.

Markah 11-15 ~ Untuk beberapa hari yang pertama selepas anak anda ditinggalkan dengan pengasuh, terdapat beberapa masalah. Akan tetapi anda tidak perlu bimbang tentang perkara ini.

Markah 16-20 ~ Berikan anak anda lebih perhatian ketika anda bersamanya untuk meredakan kebimbangannya. Jika boleh, dapatkan pengasuh yang lebih baik.

Markah 21-25 ~ Anak anda mula berasa bimbang untuk berpisah dengan anda dan berasa takut ditinggalkan dengan pengasuhnya. Sekiranya boleh, cuba dapatkan pengasuh yang lain.

Markah 26-30 ~ Anak anda tentu menderita akibat berpisah dengan anda dan tidak mahu berenggang jauh. Anda mesti memperbetulkan keadaan dan mencari pengasuh lain untuk anak anda.

0 Response: