Kisah Yang Bakal Membuat Anda BerGelak Ketawa..=)

Selamat datang dan terima kasih sebab masih sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ni.. Hari ni Kongsi kisah yang boleh menghilangkan tension, stress bagi sape2 yang stress…Selamat bergelak ketawa..=)


Kisah 1: Sad Ending
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Kisah 2: Gara2 Miengikut (Yang ini jangan Amalkan.Berdosa Kenakan Kawan Sendiri)
Pada suatu pagi yang hening, Abu dan Ahmad sedang memancing di tepi sungai belakang rumah Abu sebelah rumah Ahmad merangkap rumah jiran mak cik Joyah(Dalam erti kata lain, tidak diketahui lokasi sebenarnya). Tidak lama selepas itu, Ahmad merasa bosan sebab tak juga dapat ikan..Tertiba, dia terfikir satu akal..
Nak usik kawan dia ni lah,si Abu..Berkatalah Ahmad kepada Abu.
Ahmad: Abu, aku ada satu cerita, apapun aku sebut, yang dibelakang nya saje ko perlu
Sebut..Contoh: Aku makan nasi..Ko sebutlah nasi..Amacam?
Abu : Oklah..
Ahmad: Yes..(Dalam hati)..Begini, Suatu hari Aku pergi ke dalam hutan..
Abu : Hutan.
Ahmad: Ya…Tujuan aku masuk hutan hendak mencari ubi kayu.
Abu : Ubi kayu..
Ahmad: Sedang mencari Ubi kayu, tetiba je aku rasa nak pergi mendownload(buang air
besar).
Abu : Mendownload.
Ahmad: Maka, aku pun pergi sembunyi kat satu semak dan mendownload di sana.
Abu : Sana.
Ahmad: Selesai mendownload, aku pun bawa semua ubi kayu yang ku jumpa balik ke
Rumah.
Abu : Rumah.
Ahmad : Esoknya, aku pergi masuk ke dalam hutan dan kembali ke tempat aku
mendownload semalam….TAPI!!!
Abu : TAPI!!!
Ahmad : Sisa kumbahanku sudah hilang!!!Siapa curi sisa kumbahan aku?
Abu : (Tanpa sedar dan segan silu mengatakan) AKU…
Ahmat : Yess…Mengaku pun…=)

Ending : Maka terkenalah Abu…=)


Kisah 3: Kenapa Tak pos Je?
Seorang posmen datang menghantar surat.
Posmen: Assalamualaikum..
Paun : Walaikumsalam..
Posmen: Ni rumah encik Paun ke?
Paun : Ya, saya…
Posmen: Pening kepala saya mencari alamat rumah encik ni.Susah beno…
Paun : (Dengan selamba Paun menjawab), Buat susah saje encik nie.. Apsal tak pos Je??


Kisah 4: Pakai cermin mata dah boleh membaca?
Seorang lelaki tua pergi ke kedai membuat cermin mata untuk check matanya dan membuat kaca mata. Dah check mata, dia terus bertanya kat pekerja yang bertugas..
Pak cik Tua: Adik, lepas pak cik pakai cermin ni nanti, boleh ke pak cik membaca macam orang lain?
Petugas: Dah tentu..
Pak cik Tua: Wah..Gembiranya pak cik..Dah lama pak cik buta huruf..Akhirnya boleh
juga pak cik membaca ye..(Jawab pak cik tua dengan riang).
Petugas: HUH??


Kisah 5: Kerana terpotong…
Selesai saja mengambil tempat duduk di ruang menunggu dalam sebuah klinik, Karin terpandang Tawar yang sedang menangis..Sebab naluri ingin tahu yang kuat, dia pun segera mendekati Tawar dan bertanya..
Karin: Kenapa Awak menangis?
Amin: Saya datang untuk ujian darah.
Karin: Jadi, apa masalahnya? Takut ke?(kata2 berbentuk sindiran)..
Amin: Bukan sebab takut…Tapi, semasa ujian darah dibuat, diorang telah terpotong jari
Saya.. (Mendengar penjelasan Amin, Karin pula menangis)..
Amin: Jari saya yang kena potong, awak pula yang menangis buat ape?ish2(Dengan nada
tersedu2).
Karin: Saya datang untuk ujian air kencing…!!!


Kisah 6: Budak2 memang tak faham…
Seorang nenek membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat kepada kawannya..Lalu, sampai di sana, cucunya hairan bila melihat neneknya memasukkan surat tadi ke dalam tong berwarna merah.Dia pun bertanya..
Cucu : Nenek, nenek buat ape tu?
Nenek: Nenek bagi surat kat kawan nenek..(Cucunya hairan, lalu melihat2 ke dalam
lubang tong merah tu dan berkata)..
Cucu : Tak nampak pun kawan nenek dalam tong ni…
Nenek: Adoi….

Kisah 7: Mati Meninggalkan Senyuman..
Suatu hari, berlaku kematian 3 orang sekaligus di sebuah Kampung yang sama.Maka, seorang pegawai polis ditugaskan menyiasat punca kematian ketiga2 orang tersebut..
Selepas dia memeriksa ketiga2 mayat tersebut, dia kehairanan..
Lalu ditanyanya penjaga bilik mayat berkenaan..
Polis : Saya hairan, kenapa ketiga2 mayat tersebut tersenyum?
Penjaga: Tiada apa nak dihairankan. Begini kisahnya yang diceritakan oleh saksi, Lelaki
pertama tu (sambil menunding jari ke arah mayat pertama) sedang bersanding
(Gembira la time tu), tetiba pula kena serang strok dan kojol(mati). Lelaki kedua
pula khabarnya menang loteri Rm100,000,000, maka dia terkejut dan mati
diserang sakit jantung manakala lelaki ketiga……He3..(Sedikit ketawa).
Polis : Kenapa lak ketawa bila sebut lelaki ketiga tu?
Penjaga: Begini, saksi mengatakan dia mati disambar petir..
Polis : I don’t believe it !!! Disambar petir pun masih boleh senyum?
Penjaga: Mana taknya, dia fikir time tu orang sedang ambil gambarnya.


Kisah 8: Derma disalah tafsirkan..Budak2 susah nak faham..
Pada suatu hari, seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma bagi rumah orang2 tua, seorang budak pun membuka pintu..Maka, lelaki tu pun berkata:
Pemungut derma: Adik, abang datang nak meminta derma bagi rumah orang2 tua.
Jadi, adik ada tak ape2 nak didermakan?
Adik: : Oh, begitu…Adik dah faham..
Pemungut derma: Wah, budak bijak..
Adik : Tapi, Kejap ye..Adik nak ambil atuk adik…
Pemungut derma: HUH?? Tak bijak…tak bijak..


Kisah 9: Memang Paling Malas..
One upon a time, ada sebuah Negara di mana kebanyakan rakyatnya amatlah rajin,
Jadi, Raja negara tersebut tetiba dapat idea untuk berhibur bersama rakyatnya. Maka, Baginda pun membuat pengumuman hendak mencari orang yang paling malas dan hadiah bagi pemenang ialah 1000 kepingan emas..
Maka, berkumpullah seluruh isi manusia di Negara tersebut hendak melihat orang yang paling malas.Maka, adalah yang mencuba nasib,maklumlah, hadiah pun lumayan..

Pertama kalinya, datanglah seorang lelaki mengaku dirinya yang paling malas..
Raja pun bertanya:
Raja : Apa tahap kemalasan kamu?
Lelaki : Kalau saya hendak makan, ada yang menyuapkan saya..

Tetiba, datang lagi seorang lelaki dan mengatakan:

Lelaki 2: Saya lebih malas dari dia Tuanku..
Raja : Bagaimana pula tahap kemalasanmu?
Lelaki 2: Kalau saya makan pun, ada yang tolong kunyahkan.
Raja pun terdiam…
Tanpa disangka2, datang seorang budak lelaki datang lalu berkata:

Budak: Tuanku, saya adalah orang yang paling malas..
Raja : Ceritakan pula bagaimana tahap kemalasanmu..
Budak: Tuanku, saya nak cerita pun malas.


Kisah 10: Rumput dan Kuda
Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?
Murid : Kuda makan rumput, cikgu!
Cikgu : Rumputnya mana?
Murid : Sudah habis dimakan kuda, cikgu,
Cikgu : Habis tu, kudanya mana?
Murid : Sudah pergi, cikgu! Sebab rumput pun dah habis dimakan..


Kisah 11: Pengemis gila
Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu.
Orang kaya : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak?
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik!
Orang kaya : Tak kan bleh mendengar?
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik!
Orang kaya : (Sambil mengeluarkan wang dari poket seluar).Tidak ada duit buat kamu!! Pengemis : Itu ada tiga ratus !
Orang kaya : Katanya buta, tak kan boleh melihat?
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!!

Kisah 12: Isteri Tersayang
Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan.
Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku
Date : 16 May 2002
Subject : Abang telah selamat sampaiAbang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita. Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

0 Response: