Bagaimanakah Anda Mengatasi Masalah Yang Anda Hadapi?

Anda tentu pernah berdepan dengan pelbagai masalah.
Krisis & masalah dengan kawan sekolah, keluarga, tekanan semasa belajar dan sebagainya.
Tapi, persoalannya...
Mampukah anda menangani masalah semua masalah anda dengan baik? Mari uji diri anda melalui ujikaji di bawah ini.

Soalan (Jawab semua soalan dan kira markah anda)

a). Apa yang anda akan lakukan jika ditimpa masalah?
~Memendamkan saje dalam hati.(2 markah)
~Mendiamkan saja diri.(1 markah)
~Berkongsi masalah dengan kawan atau orang yang dipercayai(3 markah)

b). Anda selalu memikirkan masalah yang anda hadapi?
~Ya (1 markah)
~Tidak (3 markah)
~Kadang-kala (2 markah)

c). Andai anda mempunyai masalah, apa tindakan yang bakal anda ambil?
~Menangis saja (1 markah)
~Tidak memikirkan masalah tersebut (2 markah)

d). Apakah yang akan anda lakukan jika diberi tekanan oleh orang di sekeliling anda?
~Cuba menangani dengan baik (3 markah)
~Tidak mempedulikan mereka (2 markah)
~Menunjukkan sikap panas baran (1 markah)

e). Adakah anda sentiasa mahu menunjukkan kepada orang lain bahawa anda seorang yang hebat?
~Ya. Walau apapun berlaku, saya mahu menunjukkan saya mampu melakukan apa saja. (1 markah)
~Tidak. Bagi saya buat apa hendak berlagak kerana saya sedar dengan kemampuan diri saya (2 markah)

f). Sikap anda apabila berhadapan dengan orang ramai?
~Peramah. Saya boleh bersembang dengan rakan yang baru dikenali (3 markah)
~Saya hanya akan bercakap dengan orang yang saya kenali saja (2 markah)
~Pendiam. Saya tidak gemar bergaul dengan orang lain (1 markah)

g). Seandainya anda tidak mencapai kejayaan seperti yang anda harapkan, apa yang anda bakal lakukan?
~Saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan yang saya impikan (2 markah)
~Berputus asa. Saya tidak mahu mengulangi kejadian yang sama lagi (1 markah)

h). Perkara apa yang anda rasa dapat menenangkan hati anda sendiri?
~Makan dengan banyak. Saya akan melupakan masalah saya apabila makan (1 markah)
~Saya akan duduk bersendirian dan meluangkan masa untuk diri saya sendiri (2 markah)

Nilai Dirimu Sendiri!!

Markah Kurang Daripada 8 (Tertekan)~Masalah yang melanda anda merupakan satu bebanan buat anda. Anda tidak pandai menguruskan masalah tersebut sehingga menjadi tekanan kepada diri sendiri. Cubalah belajar untuk bertenang dan anda pasti berasa lebih selesa. Jangan hanya memikirkan masalah yang telah berlaku.

Markah 9 -16 (Fikirkan Kemudian) ~Ada kalanya anda dapat menangani masalah yang dihadapi dengan baik. Tetapi ada masanya tidak dapat mengawal emosi. Jika anda dapat mendidik diri supaya berfikiran positif, pasti emosi anda akan menjadi lebih terkawal. Jangan risau, ambil masa untuk ubah diri sendiri.Lumrah alam.

Markah 17-20 (Hidup Mesti Gembira) ~Anda tidak menjadikan masalah sebagai tekanan dalam diri. Bagi anda, walaupun ada masalah, semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Oleh sebab itu, anda sentiasa gembira. Selain itu, anda juga merupakan seorang yang merendah diri. Syabas dan teruskan sikap begini.(^_^)

0 Response: