Sejauh Mana Kesanggupan Anda Kongsi Masalah Kewangan?

Anda mungkin sentiasa berkongsi katil, tetapi tidak semua sanggup dikongsi wang dengan suami. Sering hubungan terjejas hanya kerana kurangnya komunikasi kerana wang. Masalah wang menjadi agenda utama rumahtangga, diikuti tekanan di tempat kerja dan masalah anak2. Biasanya, masalah wang terbeban di bahu suami sahaja. Sebagai isteri, sejauh mana peranan anda membantu menyelesaikan masalah ini?

JAwab soalan Ini!!

1). Tahukah anda berapa gaji pasangan seminggu?
2). Tahukah anda berapa kad kredit yang dia miliki?
3). Tahukah anda had kad kredit yang boleh digunakannya?
4). Tahukah anda syarikat insuran mana yang dilanggan suami untuk insuran kesihatannya?
5). Adakah dia ada insuran nyawa dan tahukah anda faedahnya?
6). Tahukah anda berapa banyak akaun bank suami dan berapa banyak wang tunai yang dimilikinya?
7). Tahukah anda berapa banyak dia telah menggunakan kad kreditnya?
8). Adakah anda tahu dia sudah membuat wasiat?
9). Adakah anda salah seorang penerima warisannya?
10). Tahukah anda di mana dokumen kewangan suami tersimpan?
11). Tahukah anda penasihat kewangan atau peguamnya?
12). Tahukah anda jika dia membelikan polisi insuran nyawa atas nama anda?
13). Tahukah anda berapa banyak pinjaman si dia?

Markah (Satu markah untuk jawapan Ya, Tiada markah bagi jawapan Tidak)

0 Markah ~ Mungkin anda baru mengenalinya atau anda memang tidak bercakap mengenai wang dengan dia. Rasanya anda perlukan kaunseling untuk membaiki hubungan anda.

1-5 Markah ~ Anda mungkin pasangan baru berkahwin dan merasakan tidak perlu untuk membincangkan semuanya buat masa ini. Jika anda sudah lama kahwin, nampaknya hubungan anda memang bermasalah.

6-10 Markah ~ Nampaknya hubungan anda berada di tahap yang memuaskan. Bagaimanapun, ada kekurangan di mana2. Anda berdua tak patut saling berahsia tentang kewangan.

15 Markah ~ Wah! Hubungan anda berdua begitu baik dan romantik. Anda berdua memang saling memahami. Teruskan hubungan yang baik.

0 Response: