Belajar seo - Pelajaran 2 iaitu meletakkan keyword pada tajuk dan alamat blog

BELAJAR SEO

Pelajaran 2
Sudahkah anda berjaya mencari & memilih keyword yang terbaik dari segi kadar saingan serta kadar carian? Sekiranya sudah, mari kita mulakan pelajaran kedua iaitu Meningkatkan prestasi kedudukan blog anda sewaktu membuat blog..
Mari kita sambung belajar seo. :P
Kaedah mengoptimasikan kedudukan blog dalam enjin pencarian dengan cara menggunakan "keyword yang anda telah pilih" dan meletakkan keyword tersebut ke dalam "Title/tajuk" blog dan alamat blog anda!
Lihat contoh screenshot di bawah:


 Seperti yang anda lihat, keyword digunakan secara maksimum di mana ianya diletakkan pada Tajuk dan alamat blog. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah terpenting kerana ia juga memberi kesan terhadap kedudukan blog anda di dalam enjin pencarian. Selain itu ia juga memberi kesan terhadap bagaimana pencari "Keyword" tersebut bertindak untuk mengklik ke blog/laman web anda atau tidak.. 

Contohnya, blog ini diberi nama "Learn While Make Money From Home" dan url blog ini Http://sah90.blogspot.com ..Saya membuat satu post berkaitan "belajar seo" misalnya... Dan kemudian blog saya tersenarai di muka depan enjin pencarian sewaktu seseorang menggunakan keyword belajar seo. Maka, apabila pencari tersebut melihat Tajuk blog saya dan kemudian ditambah alamat blog yang tiada kena mengena dengan belajar seo, dia berkemungkinan tidak akan mengklik ke blog saya.. 
Kenapa? Sebab dia mungkin akan merasakan title dan alamat blog saya sememangnya tidak ada kena mengena dengan apa yang dicarinya.. Adakah anda dapat memahami apa yang cuba saya sampaikan??

2 Response:

Dila.13 said...

Hi, sah90.. nice explanation. saya pun ada buat perbincangan yang sama pasal SEO. jom kita tukar2 pendapat ;)

Anem Arnamee said...

salam..

itulah pasal. ada yang entri cantik2.tapi kena perbaiki bab2 seo ni:)